Bagaimana Dua Gerakan Islam Jatuh Daripada Tampuk Kuasa Ke Tali Gantung : Ikhwanul Muslimin Mesir & Gulenis Turki
Oleh : Prof Ahmet T. Kuru
Penterjemah : Hasyir Husam
Mohammed Morsi, yang merupakan presiden buat pertama kalinya dipilih secara demokrasi, secara tak diduga telah meninggal dunia semasa perbicaraan pada Jun 2019. Beliau merupakan ahli Ikhwanul Muslimin, satu gerakan yang hampir berusia beratus tahun yang memperoleh kemenangan selepas revolusi Mesir pada tahun 2011.
Tempoh politik beliau singkat. Morsi telah digulingkan oleh kudeta pada tahun 2013, iaitu genap setahun selepas beliau dipilih. Rejim ketenteraan baharu Mesir telah menfatwakan bahawa Ikhwanul Muslim, yang mana gabungan politik ini memperolehi 38% undi dalam pilihan raya parlimen 2011, sebagai organisasi pengganas. Ahli-ahlinya telah ditangkap, dipenjara dan didera. Morsi pula dijatuhkan hukuman mati, walau bagaimanapun hukuman itu dibatalkan selepas rayuan.
Kejatuhan Ikwanul Muslimin mengingatkan kembali satu lagi gerakan Islam yang dahulunya pernah berkuasa telah runtuh secara mendadak: gerakan Gulen Turki.
Pada bulan Julai, Tayyip Erdogan, iaitu presiden Turki telah mencapai ulang tahun ketiga sebagai kudeta yang gagal telah menuduh Fethullah Gulen – yang merupakan bekas sekutu dan pemimpin gerakan Islam yang berpengaruh – sebagai dalang dalam percubaan untuk menggulingkan pemerintahnya.
Gulen yang merupakan seorang sarjana dan ulama Turki yang sudah menetap di Amerika Syarikat selama 20 tahun bagaimanapun tidak henti-henti menafikan penglibatan beliau dalam rampasan kuasa. Beliau mengasaskan komuniti Islam pada tahun 1970-an. Menjelang tahun 2013, gerakan beliau mempunyai berjuta-juta penyokong di seluruh dunia, disamping mempunyai institusi media dan sekolah di lebih dari 100 negara, termasuklah sekitar 150 buah sekolah piagam di Amerika Syarikat. New York Times pernah mempersembahkan gerakan itu sebagai yang mempromosikan “Islam yang lebih lembut”. Pada tahun 2014, BBC mengiktirafkan Gulen sebagai “lelaki kedua paling berkuasa di Turki”, iaitu selepas Perdana Menteri Erdogan.
Pada ketika ini, Erdogan telah menfatwakan bahawa pengikut Gulen sebagai pengganas. Mereka yang menyokong gerakan itu telah diusir dan dipenjara secara sistematik. Bagaimanakah Ikhwanul Muslim dan pengikut Gulen (Gulenis) jatuh dengan begitu pantas?
Negara Autoritarian
Kajian saya mengenai Islam dan autoritarianisme menunjukkan bahawa kedua-dua gerakan ini merupakan mangsa kepada gabungan berbahaya yang sama: sebuah negara autoritarian, idea Utopia mengenai Islam dan rakan-rakan yang tidak boleh dipercayai. Kedua-dua gerakan Islam di Mesir dan Turki menghadapi kesukaran dibawah rejim autoritarian yang memiliki kawalan ketat terhadap amalan agama.
Presiden autokratik Mesir menjadikan masjid-masjid dan Al-Azhar, yang merupakan satu institusi pendidikan terkemuka Islam Sunni itu dibawah naungannya. Di Turki, agensi kerajaan yang dipanggil Diyanet diamanahkan untuk mengawasi urusan agama dan menetapkan apakah “Islam yang sebenar” untuk rakyat Turki. Dibawah pemerintahan rejim Erdogan yang bermula sejak tahun 2013, yang digabungkan dengan konservatisme agama, nasionalisme dan autoritatianisme, Diyanet ini telah memainkan peranan yang penting dalam mengawal sosial.
Memandangkan keadaan politik seperti ini, maka wajarlah kenapa kedua-dua Ikhwanul Muslimin dan Gulenis sejak penubuhan mereka bimbang akan dianiayai. Pemimpin-pemimpin mereka, yang beberapa daripada mereka telah saya menemu ramah pada tahun 2013 semasa pengkajian buku saya, menganggap bahawa gerakan ini tidak dapat bertahan kecuali mereka mempunyai kuasa yang cukup untuk mengawal institusi-institusi negara sepenuhnya.
Perkara yang mereka bimbangkan itu akhirnya menjadi faktor ianya menjadi realiti.
Usaha mereka untuk merampas institusi negara pada awalnya berjaya dilakukan sehingga membuatkan mereka menerima tindakan balas. Golongan elit politik di Turki dan Mesir mula menentang gerakan-gerakan besar ini, lalu menjadikan mereka sebagai musuh negara.
Islam Utopia
Perbandingan yang saya nyatakan disini tidak akan diterima oleh kebanyakkan Gulenis. Pendokong Gulen melihat diri mereka sebagai bukan parti politik, sebaliknya satu organisasi masyarakat awam – jauh bezanya dengan Ikhwanul Muslimin, yang merupakan organisasi politik Islam dan mempunyai agenda politik yang jelas.
Dan ianya memang benar bahawa Gulenis tidak pernah memulakan parti politik. Tetapi pakatan mereka dengan Erdogan pada awalnya – dan, kemudiannya perterlingkahan dengan beliau – menunjukkan bahawa Gulenis secara hakikatnya adalah gerakan politik di Turki. Sama seperti Ikhwanul Muslimin, Gulenis mempunyai visi utopia yang tertentu mereka keatas agamanya. Kedua-dua gerakan ini melihat Islam – meskipun versi keduanya berlainan – sebagai jalan keluar untuk kesemua permasalahan masyarakat.
Menurut kedua-dua organisasi ini, agama merupakan dasar yang harus membimbing umat Islam dalam setiap perkara dalam kehidupan mereka, dari adab di tandas sehinggalah dalam urusan kerajaan. Badan kehakiman, tentera dan polis juga haruslah “Islamik”.
Dalam usaha mereka untuk mengawal kehidupan seharian di Turki dan Mesir, puak Gulenis dan Ikhwanul Muslimin mula mencipta musuh. Mereka memusuhi rakyat yang sekular, yang membantah negara mereka di“Islamisasi”kan. Mereka juga memarahi gerakan-gerakan Islam yang lain, yang merasakan diri mereka tidak mempunyai kekuatan.
Tersilap Rakan Kongsi
Yang dahulunya rakan sekutu pun mula menentang gerakan-gerakan ini.
Ini merupakan tanda yang ketiga yang saya temui, yang merupakan penyumbang kepada kejatuhan puak Gulenis dan Ikhwanul Muslimin: kedua-dua mereka tidak bagus dalam memilih rakan mereka.
Lebih kurang sebulan selepas memenangi jawatan presiden Mesir, Morsi melantik Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, iaitu seorang jeneral muda sebagai menteri pertahan dan ketua angkatan tentera. Morsi beranggapan yang al-Sisi mempunyai kecenderungan kearah Islam yang cukup kuat dan seterusnya beliau akan lebih mesra dengan Ikhwanul Muslimin berbanding pegawai-pegawai tinggi yang lain didalam angkatan tentera Mesir. Setahun kemudian, al-Sisi melancarkan rampasan kuasa dan menggulingkan Morsi. Setelah berkuasa, beliau menfatwakan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan pengganas.
Ikhwanul Muslimin pernah melakukan kesilapan yang sama sebelum ini. Pada tahun 1950-an, mereka percaya bahawa Gamal Abdel Nasser – yang merupakan dalang dalam revolusi Mesir 1952 – merupakan ahli kepada Ikhwanul Muslimin. Tetapi selepas mempergunakan gerakan ini untuk mendapatkan kuasa, Presiden Nasser menjatuhkan bekas rakannya.
Gulenis juga menjalinkan pakatan yang membawa bencana yang sama. Diantara tahun 2006 dan 2011, mereka bersepakat dengan Erdogan, bagi membantu beliau untuk menjatuhkan parti politik sekular Turki. Tetapi selepas Erdogan mengukuhkan kedudukan peribadi beliau, beliau mula menentang kesemua bekas rakannya – termasuklah puak Gulenis.
Bimbang gerakan mereka akan dianayai oleh Erdogan, beberapa Gulenis datang untuk berjumpa dengan Jeneral Hulusi Akar, yang kemudiannya dilantik menjadi ketua angkatan tentera Turki, sebagai seorang yang untuk mengimbangi kecenderungan diktakor presiden Turki. Boleh dikatakan mereka mengharapkan sedikit campur tangan tentera terhadap Erdogan.
Samaada adakah Akar benar-benar merupakan dalang dalam percubaan rampasan kuasa pada 2016 masih kekal misteri di Turki. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam percubaan untuk menggulingkan Erdogan. Pada tahun 2018, Erdogan telah melantik Akar sebagai menteri pertahanan. Dengan sokongan Akar, lebih daripada 16,000 pegawai tentera dipecat kerana didakwa sebagai Gulenis.
Pengajaran Untuk Dipelajari
Hanya beberapa tahun yang lepas, Ikhwanul Muslimin dan puak Gulenis sudah cukup kuat untuk membayangkan bahawa matlamat Utopia mereka untuk membentuk semula masyarakat mengikut citarasa mereka adalah dapat dicapai.
Hari ini, para pemimpin mereka ada yang diusir, dipenjara dan mati. Harta benda mereka dirampas, reputasi mereka pula tercemar. Kejatuhan dua gerakan Islam ini merupakan iktibar kepada gerakan Islam yang lain yang mempunyai cita-cita politik didalam dunia Muslim.
Percubaan untuk memerintah negara berdasarkan satu visi Utopia tentang bagaimana rupa masyarakat Islam yang ideal nampaknya satu perniagaan yang berisiko. Menambah sikap autoritarianisme kedalam campuran akan meningkatkan lagi peluang untuk gagal. Memilih pakatan yang salah akan menyebabkan kemusnahan.
*Penulisan ini telah diterjemahkan daripada tulisan asal How two Islamic groups fell from power to persecution: Egypt’s Muslim Brotherhood and Turkey’s Gulenists
Prof Ahmet T. Kuru merupakan profesor Sains Politik di Universiti San Diego, California. Menulis karya yang bercirikan politik dan kenegaraan seperti “Secularism and State Policies Toward Religion : The United States, France and Turkey” dan “Islam, Authoritarianism and Underdevelopment : A Global and Historical Comparison”.