Tentang Lestari Hikmah
Lestari Hikmah merupakan pertubuhan dan badan pemikir yang aktif mengadakan program yang bersifat keilmuan. Lestari Hikmah juga memberikan fokus kepada intergrasi ilmu dengan institusi, universiti dan ahli akademik di rantau Nusantara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Bidang kajian yang dibuat adalah tertumpu kepada tokoh, pemikiran, sejarah, budaya dan literasi di Nusantara. Pertubuhan ini didaftarkan secara rasmi pada 2018 dengan nombor pendaftaran PPM 037 08 28082018.
Objektif
- Mewujudkan kerjasama dan jaringan keilmuan di Nusantara ini
- Melahirkan tokoh ilmuan tempatan yang mempunyai keluasan ilmu turath dan moden, pemikiran yang kritis dan memahami budaya keilmuan kearifan tempatan
- Menghasilkan kajian yang bermutu tinggi untuk dijadikan rujukan ahli akademik tempatan dan luar negara