Sutan Takdir Alisjahbana : Bahana Ilmu Dan Emansipasi Bangsa
Kepimpinan yang berilmu dalam sesebuah masyarakat sangat penting dalam memandu kecemerlangan, di samping mengeluarkannya dari belenggu kezaliman, kejahilan, kekolotan dan ketidakberharapan. Di sinilah letaknya peranan pelbagai ranah kehidupan untuk digembleng, demi menyuntik kesadaran dan kesanggupan bertindak. Harus terangkul sama ranah budaya (sastera, seni), pendidikan, bahasa dan ilmu kemanusiaan, selain penguasaan sains dan teknologi. Inilah bahana ilmu yang diperlukan dan pastinya kepimpinan intelektual menjadi asasnya. Sutan Takdir Alisjahbana salah seorang anak bangsa Nusantara yang dalam hayat berkarya ilmunya yang panjang, memperlihatkan kepedulian yang berbagai dalam lapangan ilmu. Sumbangan beliau yang membahana dan pemikiran yang dituang guna membicarakan pembangunan bangsa seharusnya mendapat perhatian dan telaah kita, agar dapat dipertimbang segi-segi kekuatan dan kekurangan dalam gagasan yang beliau usaha dan citakan.
9.00 PM – 9.10 PM : Ucapan aluan oleh moderator
9.10 PM – 10.00 PM : Pembentangan oleh Dr Azhar Ibrahim
10.00 PM – 10.30 PM : Sesi soal jawab