Peranan Literasi Sastera Dalam Kemerdekaan Dan Pembinaan Negara Bangsa

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 pada 31 Ogos lepas dan berbetulan dengan tema Sayangi Negaraku, sudah tentu Malaysia Baru ini bukan hanya sahaja mengangkat tema pembangunan dalam konteks pembangunan fizikal semata-mata tetapi lebih utama lagi mengangkat tema pembangunan jati diri, etika dan ketinggian daya fikir.
Sejarah mencatatkan penulis seperti Ibrahim Kajai, Usman Awang, Harun Aminurashid, Ishak Haji Muhammad dan Keris Mas muncul sebagai sasterawan, wartawan dan pejuang kemerdekaan sekaligus. Mereka juga dianggap patriot dan intelektual yang mengemukakan idea nasionalisme, kemerdekaan tanah air dan pembinaan bangsa. Majalah dan akhbar seperti Al Imam, Warta Malaya, Saudara dan Majlis turut memberi kesedaran akan nasib Melayu di tanah air.


Lapangan sastera yang luas dan dinamik menjadi medan ampuh dalam mengetuk pintu hati masyarakat. Meminjam kata Prof Dr Djoko Saryono Guru Besar Sastra Universitas Negeri Malang Indonesia, ‘Sastra merupakan rumah teduh bagi akal budi dan fikiran yang selalu haru biru dengan permasalahan dan persoalan masyarakat yang membuat kita panas, rumah yang teduh itu adalah sastra dengan keindahannya, estetika dan etikanya’.

Tarikh: Sabtu, 29 September 2018
Masa: 8.30 Malam – 11.00 Malam
Tempat: PBUY & Drinka Store Ipoh

Panelis:
Prof Emeritus Muhammad Bin Haji Salleh
Sasterawan Negara

Dr Manneke Budiman
Universitas Indonesia, Jakarta

Moderator:
Mohammad Rashidi
Pertubuhan Lestari Hikmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *