Bedah Buku ‘Dialog Dengan Sasterawan’ Dan ‘Sidang Bersuara : Kassim Ahmad & Keintelektualan Mandiri’
Kassim Ahmad telah banyak bersuara tiada hentinya tentang hal-hal seperti falsafah, kemasyarakatan, politik, kebudayaan, ekonomi, sastera, seni, pendidikan, dan isu-isu tempatan serta dunia seluas-luasnya dengan keintelektualan yang tersendiri. Amatlah malang, bahawa suara-suaranya yang membingitkan bagi sesetengah pihak itu telah lekas sekali dibungkam; yang menggugah dan mencabar jesteru lantas dicantas sehabisnya; yang membuka pintu kesedaran dan fikiran masyarakat manusiawi lalu sedaya upayanya cuba ditenggelamkan juga dipadam. Demikianlah, tragedi keintelektualan yang menimpa dengan tragisnya masyarakat ini sehingga mengentalnya kebudayaan anti-intelektual. Tetapi, Kassim Ahmad ‘Sang Pemberontak’ tetaplah memberontak melalui pena dan helai-helai kertasnya sekalipun beliau disisihkan dan dimarginalisasikan. Suaranya akan tetap bersipongang keras di setiap penjuru, dan wajar untuk kita dengarkan suara-suara itu dengan tekun lewat buku ini. Maka, selamat menghadiri Sidang Bersuara-nya seorang Kassim Ahmad agar tumbuh seribu bahkan lebih lagi cendekiawan seperti beliau!
Program
3.00 PM – 3.10 PM : Ucapan aluan moderator sdr Syed Fadzil Alhabshi
3.10 PM – 3.30 PM : Pembentangan 1 oleh sdr Harieth Zaini
3.30 PM – 3.50 PM : Pembentangan 2 oleh Dr Teo Lee Ken
3.50 PM – 4.30 PM : Sesi percambahan minda