Raden Kartini : Nurani Yang Menghidupi

Raden Adjeng Kartini (1879-1904M) adalah tokoh wanita Nusantara yang terkenal dengan tekad kuat, keberanian intelektual untuk bersuara dan bertindak mahu melakukan perubahan dalam masyarakat, betapa beliau terhimpit dengan segala rintangan tradisi patriakis dan prejudis kolonial. Membaca riwayat hidup dan penulisan beliau membawa kita menelusuri kedalaman komitmen moral-etika serta kepekaaan beliau terhadap jalan sejarah dan nasib rakyat terbanyak. Yang paling menonjol dalam perjuangan beliau tentulah persoalan nasib perempuan dalam masyarakat. Tentu ini wajar diberikan tabik besar. Namun kalau kita hanya menumpukan persoalan ini, kita sebenarnya belum dapat menangkap, malah tidak adil, dalam mengiktiraf dan menghurai pemikiran, cita-cita dan impian Kartini. Ini harus kita perluruskan, kerana ketokohan seperti beliau harus dapat menjadi inspirasi kepada kita hari ini, selain kita mempertimbang sejauh mana kondisi kita hari ini. Nurani yang menghidupi itulah terbingkis dari Kartini.

Biodata Pembentang

Dr Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya bidang sastera Melayu klasik, pemikiran Islam Nusantara, dan wacana sastera serta inteligensia Melayu-Indonesia masa kini. Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *