Negara Sebagai Dominasi Dan Eksploitasi Sistemik
Oleh : Wafiey al Aziz
“The state is nothing else but this domination and exploitation regularized and systemized”
— Mikhail Bakunin, Power Corrupts the Best, 1867
Melalui catatan-catatan investigasi Louis Althusser ‘ideologi dan aparatus ideologi negara’, Althusser telah mengujarkan bahawa demi kesinambungan modus kapitalisme, ‘kesediaan kultural’ akan diwujudkan oleh pemerintah melalui ‘aparatus negara’ (alat/agen).
Bentuk aparatus negara yang paling terang adalah represif (penindasan) pemerintah. Ia adalah suatu mekanisme koersif (pemaksaan) yang bekerja untuk menjamin pembentukan dan kekuasaan, misalnya seperti mahkamah, penjara, angkatan tentera, institusi kepolisian ke atas manusia. Sekiranya aparatus negara jenis represif ini beroperasi melalui kekerasan, jelas perbincangan mengenai kerancuan masalah yang menjelma daripada aparatus negara tidak akan pernah padam. Aparatus penyahpolitikan yang berterusan berusaha untuk memusnahkan kebebasan manusia dalam sesebuah negara telah menbangkitkan seorang pemikir revolusioner, iaitu Frantz Fanon.
Melalui karya The Wretched of the Earth, ia kaya dengan pengajaran untuk perjuangan hari ini menentang perkauman dan kapitalisme. Fanon percaya pada emansipasi umat manusia secara keseluruhan dalam sesebuah negara.
“Where freedom is denied to one person, it’s denied to everyone, and I cannot walk away from a fight to liberate a nation from oppression. I must do my task and take part in this as well.”
— Frantz Fanon dalam Concerning Violence, The Wrentched of the Earth
Misalan terbaik bagi aparatus negara jenis represif adalah salah laku polis baik di luar negara mahupun di Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan depersonalisasi subjek individu dalam sesebuah negara yang tertakluk kepada diskriminasi kaum secara struktural oleh pemerintah.
Anti-kehitaman (anti-Black) juga terserlah dalam persepsi warna di Malaysia, dimana wujudnya prasangka terhadap warna gelap, dan ini menjurus kepada siri-siri diskriminasi dalam masyarakat India juga tidak boleh diabaikan apabila ia digambarkan dengan jelas dalam statistik.
“Fascism, it’s always about using nationalism, and the nation, as a bludgeon to generate support for death policies, on behalf of death governments. For violence and repression and exploitation, internationalism is the antidote, always.”
— Robin D. G. Kelly
Dengan itu, Fanon menyeru kepada perjuangan untuk menyatukan seluruh masyarakat tanpa mengenal latar ras dan etnik yang heterogen melalui kesedaran sosial, dimana ia seharusnya berada pada tahap yang lebih tinggi daripada kesedaran kebangsaan (nasionalistik).
Masyarakat perlu melalui proses penyadaran istilah dibangunkan seorang pendidik literasi Brazil iaitu Paulo Freire, yang menunjukkan bagaimana meningkatkan tindakan kritis seseorang individu dalam masyarakat negara bangsa boleh mengakibatkan transformasi yang mendalam.
Perjuangan kontemporari kini menyeru kepada penentangan terhadap fasisme yang sudah berakar dalam sesebuah negara, dimana ia adalah sebuah bentuk pertempuran untuk visi, idea, kesedaran dan keupayaan untuk mengubah budaya yang rosak dalam masyarakat itu sendiri. Pedagogi kritis demokratik adalah diperlukan tatkala ini. Ia menuntut masyarakat untuk berfikir tentang pendidikan sebagai cara pembebasan dan kesedaran secara nasionalistik.
Pendidikan sebagai Pembebasan dan Kesedaran Nasional
Pendidikan merupakan kebebasan dan emansipasi. Akses terhadap pendidikan adalah hak asasi seluruh manusia yang mendasar dan ia tidak dapat disangkal. Namun, bagaimana perwujudan ‘pengertian kebebasan’ dalam pendidikan dapat diterjemahkan ke dalam kerangka yang lebih praktis?
Seruan mahasiswa dan aktivismenya untuk mengubah wajah politik di Malaysia adalah menerusi gerakan mahasiswa yang perlu wujud, tidak mengapung di dunianya sendiri. Mereka harus berusaha untuk menjangkau isu-isu dan masalah dari sektor masyarakat yang lebih luas.
Mahasiswa dan gerakannya di Malaysia ini, harus menghidupkan wacana yang memungkinkan mahasiswa untuk berdiskusi dengan sektor sosial lain dan masyarakat umum. Misalnya, diskusi agama dan rasial yang salah, yang ada di sfera publik universiti harus ditekan dari bawah, agar masalah ketidakadilan yang mempengaruhi masyarakat tertindas atau terpinggir dapat diangkat. Mahasiswa tidak boleh “terputus” dari masalah dan kesulitan masyarakat. Jika persoalan wacana agama dan ras yang menyimpang tidak dibenahi, maka akan melahirkan sistem yang membelenggu dan membutakan mahasiswa secara kekal. Misalnya, dalam kemelampauan perkauman dan agama. Salah satu faktor yang mendorong tumbuhnya gerakan mahasiswa adalah penekanan yang berterusan pada ketidakadilan yang terjadi di negera ini.
Sepertimana yang diujarkan Mikhail Bakunin dalam ‘Statism and Anarchy The Struggle of the Two Parties in the International Working Men’s Association’ pada tahun 1873;
“Since every state power, every government, by its nature and its position stands outside the people and above them, and must invariably try to subject them to rules and objectives which are alien to them, we declare ourselves the enemies of every government and every state power the enemies of state organization of any kind, we believe that the people can be happy and free only when they create their own life, organizing themselves from below upward by means of independent and completely free associations.”
Ini bermakna mahasiswa harus membina kesalinghubungan yang erat dengan masyarakat dan organisasinya, supaya elit dominan yang beranggapan mereka di atas akan sentiasa dapat disanggah, ketidakdilan seperti dasar pecah dan perintah akhirnya dapat dihapuskan selamanya. Khususnya di USM, ambil pengajaran daripada gerakan revolusioner di USM yang wujud di era ‘70an, iaitu PMUSM (Persatuan Mahasiswa USM) dimana mereka telah menerbitkan buku “Obor Revolusi” pada tahun 1974. Namun, gerakan ini telah dibunuh oleh pemerintah pada ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
Wafiey al Aziz berasal dari Johor berkelulusan dari Universiti Malaya dalam Pengurusan Bisnes. Kini beliau menuntut dalam jurusan Sains Politik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Penulisan beliau banyak menumpukan kepada politik pentadbiran serta pemikiran tokoh-tokoh di Nusantara.