Pendidikan Emansipasi Mengasuh Pemikiran Kritikal

Oleh : Nur Arif Isa

“Tugas kita bukan menambah usia pada kehidupan, tetapi menambah kehidupan pada usia” – Myron J. Taylor.

Dr. Azhar Ibrahim dalam mengangkat inspirasi tentang pendidikan dan wacana intelektual, tidak terpisah hubungannya dengan golongan muda mahupun mahasiswa. Malah, tertubuhnya Lestari Hikmah adalah hasil cetusan awal ideanya untuk mengadakan satu jaringan intelektual di beberapa buah negara di rantau ini. Perjalanan Dr. Azhar sebagai ahli akademik, menempuh pelbagai pengalaman dan suasana intelektual yang melibatkan pelbagai domain dan budaya setempat – Indonesia, Malaysia dan Singapura. Dalam menggerakkan wacana awam, selain dikenali membawa wacana progresif, tidak dikesampingkan wacana tempatan, kerana itu Dr. Azhar mempunyai kemandirian ideanya tersendiri dalam kebanyakan syarahan mahupun tulisan beliau. Melalui Lestari Hikmah, Dr. Azhar banyak berkongsi dan memberi dorongan kepada kami tentang mengangkat inspirasi wacana intelektual kepada ruang awam. Buku Emancipated Education: Essays on the Nurturing of Critical Discourse (2020) adalah menunjukkan kepedulinya terhadap pendidikan.


Pendidikan, terdiri hanya empat kosa kata, tetapi mempunyai peranan penting bagi melahirkan sesuatu generasi. Pendidikan tidak hanya bersifat eksklusif di sekolah mahupun universiti. Walaupun dari sudut ekosistem dan mobilisasi sosial, ia memerlukan kepada pendidikan bagi mengubah suasana masyarakat, dalam esei ini cuba melihat pendidikan sebagai milik bersama yang diistilahkan sebagai “community learning as community building” oleh Dr. Azhar. Selain memberi anjuran terhadap emansipasi, kepentingan terhadap inovasi intelektual adalah perkara yang amat ditekankan dalam membangun generasi pada hari ini sebagai “peneraju dan pengaju tradisi seterusnya, tanpa kerdil menghadapi masa depan, dan tidak pula taksub mempertahan jenisan tradisi yang rapuh dan tidak manusiawi, melainkan menggali dan menambahi tradisi yang tercerah dan progresif” sebagaimana yang ditulisnya dalam Utopia Masyarakat Lampak (2015). Pendidikan dan komuniti adalah saling berkaitan. Di antara kedua-dua ini, kemunculan para inteligensia dalam memaknai pendidikan adalah sebuah perkara asas. Ianya akan menentukan sejauh mana idea-idea pedagogi dapat dikembangkan ke dalam ruang awam mahupun komuniti secara khsusnya.

Idea Pedagogi

Paulo Freire, nama yang agak mesra apabila sebut tentang pedagogi dan ia dijadikan sebagai rujukan utama oleh Dr. Azhar dalam mengembangkan idea tentang pedagogi. Bab pertama buku ini dimulakan dengan tajuk “The Language of Youth Empowerment and Social Consciounsness” yang membincangkan tentang kefungsian bahasa dalam membina kesedaran sosial. Dr. Azhar menulis:

By language, we do not mean the technical and grammatical dimension of language, but an outlook of thinking informed by critical ideas and concepts, vital for: (a) understanding one’s own historical context; (b) making sense of the sociocultural, economic and political situation of the present, and (c) articulating one’s rights and duties, as well as impressing one’s individual or collective presence in a larger society.”

Dalam beberapa perkongsian Dr. Azhar kepada kami, elemen bahasa juga sering dititikberatkan untuk menjadikan bahasa itu di guna sebagai alat pembebasan dan penilaian kritikal apabila berinteraksi dengan beberapa kecenderungan ideologi. Dalam satu tajuk kecil buku ini, “Comprehending Ideology,” menunjukkan peranan penting terutama mereka yang digelarkan sebagai aktivis untuk memulakan dan memupuk budaya pemikiran kritis yang mungkin melibatkan aspek psikologi – daya dorongan – dalam memberi manfaat kepada ruang pedagogi untuk semua. Oleh itu, kepentingan ideologi tertentu adalah penting untuk dinilai secara kritis. Bukan hanya terhad kepada ruang akademik yang ada kadang kalanya hanya bersifat abstrak sahaja, sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh Karl Mannheim untuk menganalisis ideologi terhadap tafsiran situasi tertentu, daripada diputarbelitkan sehingga menutup situasi sebenar yang berlaku. Dalam lain perkataan, kefungsian bahasa juga boleh mempengaruhi kesedaran sosial. Seterusnya dalam bab kedua yang masih tentang idea pedagogi, dengan tajuk “A Pedagogy of Active Idealism for Transformative Youth,” yang membincangkan tentang memupuk golongan muda untuk berfikiran progresif, yang berasaskan budaya dan sosial serta berpengetahuan dalam aspek yang melibatkan politik dan ekonomi, terdapat satu peringatan penting dalam bab ini, ialah:

“In all civilized society, whenever its youth is neglected, the road of malaise and inertia is charted. A society that does not bother its youth is one that is not bothered by its future too. Neglecting them means abandoning our future. Some youths are said to be the leaders of tomorrow, yet many other youths could well fall under the category of the ‘downtrodden’ or ‘wretched’ of tomorrow (or simply ‘the average’) as what we have seen in the plight of a great number of youths of today both in the industrialized and poor nations. Our humanistic commitment calls for our efforts to ensure a better tomorrow for all. Herein lies the importance of deliberating the pedagogy of active idealism which is primarily aimed at nurturing and developing a community of progressive or transformative youths.”

Peringatan yang diberikan itu adalah sebuah perihal yang mustahak. Lebih-lebih lagi dengan dampak pandemik Covid-19 mutakhir ini sehingga muncul sebuah istilah yang dinamakan sebagai generasi hilang (lost generation). Buku ini diterbitkan dalam tahun 2020, sudah tentu buku ini mempunyai kewajaran dengan situasi semasa. Apabila sebut tentang idealisme, ada perkara yang boleh dicapai, ada perkara yang hanya menjadi sebahagian daripada citra sempurna yang mahu digapai. Dalam bab ini ada memetik Syed Hussein Alatas tentang kepentingan pedagogi idealisme untuk memupuk golongan muda. Ada beberapa objektif asas yang diberikan. Pertama adalah memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk hidup dalam sistem sosial dan budaya. Kedua, memperoleh pemahaman tentang bentuk kehidupan manusia dan bukan-manusia serta fenomena lain di alam semesta. Ketiga, memastikan perkembangan rohani, moral, psikologi dan intelek dalam perkembangan peribadi bagi menjamin kesejahteraan. Keempat, membangunkan kesedaran sivik dan solidariti sosial yang wajar dan seterusnya adalah untuk mencapai kehidupan yang baik. Penglibatan generasi muda adalah penting bagi menjamin proses transformasi masyarakat, dan dalam hal ini Dr. Azhar menulis:

“Moreover transformation entails the will to change for a better, more meaningful and humane life. It is enhanced by a sense of vision, the hope for a better world tomorrow. Indeed the present is meaningless unless we have a vision of the future. Paulo Freire once highlighted that transformation has to be accomplished by those who dream about the reinvention of society, the recreation or reconstruction of society.”


Hampir dari bab pertama hingga ke bab kelima dalam buku ini banyak menekankan tentang pedagogi, golongan muda, dan aktivisme. Hasil daripada proses pendidikan emansipasi ini adalah sebagai “the emergence of the New Man is to be encouraged and expected in the process where a new society comes into being.” Manakala dalam bab keenam hingga bab kesembilan hampir lebih menekankan peranan inteligenesia dalam pembangunan komuniti sebagai “is an indispensable antidote to the bureaucratization of society: it guarantess scope for free experimentation with the essential objectives of life,” menurut Karl Mannheim.

Peranan Inteligensia

Boleh dikatakan di peringkat akademik mahupun mahasiswa, judul Intelektual Masyarakat Membangun oleh Syed Hussein Alatas menjadi sebuah karya penting, terutamanya dalam bidang sosiologi pengetahuan. Dalam tajuk kecil (Re)Thinking Functioning Intellectuals, mengembangkan lebih lanjut tentang peranan para inteligensia berdasarkan kefungsian mereka adalah untuk mengenal pasti, mendefinisikan, menganalisis, dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu masyarakat. Malah, apabila sebut tentang tanggungjawab para inteligensia, ianya berkaitan erat sebagai pengukur kesedaran sosial, sebagai penganalisis cabaran serta tantangan masyarakat, menganjurkan pemikiran kritis dalam ruang awam, dan terlibat bersama dalam wacana awam.


Dalam bab kelapan, The Challenge of Political Illiteracy, menunjukkan letaknya kepentingan pemikiran kritis apabila melibatkan Political Illiteracy dan Capitve State. Frasa ini sering kali digunakan dalam mengambarkan minda tertawan atau pemikiran terjajah dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi. Hal ini berlalu apabila ada kecenderungan ideologi tertentu, semisalnya neo-liberal dalam ekonomi, Dr. Azhar menulis:

“The captive state has an ideological outlook to run the country as a corporate organization with its ‘liberal’ economic policy, but at the political level it still maintains strong autocratic and bureaucratic grip on its citizens.

Kerana itu bagi Dr. Azhar, kepentingan untuk peranan para inteligenesia adalah:


“In short political literacy and political consciousness can be spearheaded by the various groups of the society’s intelligentsias provided that they have the will to speak truth to power and the necessary intellectual repertoire to articulate their thoughts without fear and timidity.”


Dalam bab terakhir, Paulo Freire’s Idea in Hegemonic Discourse yang melihat domain dan amalan yang berlaku dalam perbincangan pedagogi di tiga buah negara: Singapura, Malaysia dan Indonesia. Semisalnya di Singapura, mengambil contoh Reading Group (RG), dengan terma “Reading the Word and the World” didedahkan kepada idea-idea Freirean, perbincangan kritikal dalam sosiologi pengetahuan Mannheimian, psikologi sosial Frommian, Sorokin’s prophetic criticism, teori sejarah kritis oleh Huzinga dan Zinn, psikologi etika oleh Allport, pemikiran Edward Said dalam naratif kolonial dan pascakolonial, serta wacana intelektual di rantau ini seperti yang dikembangkan oleh Syed Hussein Alatas, Soedjatmoko, Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid dan beberapa yang lain. Manakala di Malaysia, mengambil contoh beberapa kumpulan NGO yang terlibat dalam menggerakkan wacana awam. Sementara di Indonesia, mungkin domain politik yang agak berlainan, dan dari segi gerakan wacana intelektual yang begitu bebas sehingga dengan mudah idea-idea progresif seperti Islam Transformatif oleh Moeslim Abdurrahman, Teologi Pembebasan oleh Mansour Fakih dapat diterima, dicerna dan digagaskan kembali bagi generasi seterusnya.


Sampai kepada rumusan buku ini, setidaknya dapat disimpulkan bahawa tiga aspek penting memberdayakan pendidikan dari segi kepimpinan ialah untuk muncul, beroperasi dan berterusan. Pertama adalah mencakupi dimensi sejarah akan kepedulian masa kini dan iktibar masa lampau dalam membina kesedaran. Kedua adalah aspek realisme kontekstual yang memahami secara konkrit akan masa kini bagi mengasuh kepimpinan yang kreatif dan kritis yang dapat menjelaskan akan masalahnya. Dan ketiga adalah visi untuk merancang, mencorak masa depan, membentuk generasi pemimpin yang mendatang dengan kesediaan dari segi psikologi dalam menghadapi dan meramal cabaran yang akan datang. Pada akhirnya pendidikan adalah bersifat memberdayakan perubahan yang baik, bukan sebaliknya. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Paulo Freire, “the transformation of education cannot take place before the transformation of society, but this transformation of society needs education.”


Nur Arif Isa berasal dari Melaka. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Beliau juga merupakan Felo Lestari Hikmah dan salah seorang penulis bagi buku Inteligensia Penyuluh Nusantara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *