Majlis Peluncuran Buku Perikatan Ulama-Negara : Punca Autoritarianisme & Kemunduran Dunia Muslim

Negara-negara Muslim menduduki ranking yang corot dalam pelbagai indeks yang mengukur tahap sesuatu negara dalam sesuatu aspek. Terdapat pertalian positif antara pertumbuhan ekonomi dengan pendemokrasian dalam masyarakat. Lima daripada sepuluh negara yang paling korup juga merupakan antara sepuluh negara yang paling tidak harmoni untuk didiami.

Kebebasan media yang menggambarkan keupayaan masyarakat memperolehi maklumat yang berwibawa untuk membuat pilihan dan tindakan yang tepat turut merekodkan markah yang rendah bagi negara-negara Muslim.

Prof. Ahmet T. Kuru menganalisis permasalahan perhubungan antara ulama dan negara dalam dunia Muslim. Aspek persejarahan perhubungan ini disokong pula dengan elemen perbandingan terhadap pemisahan antara gereja dan negara dalam tradisi Katolik bagi mengenal pasti permasalahan yang membelenggu sosioekonomi dan sosiopolitik masyarakat Muslim.

Prof. Ahmet juga berhasil mengesyorkan langkah yang perlu diambil oleh masyarakat Muslim, setelah, dengan lebih penting lagi memperakui faktor autoritorianisme dan kemunduran dalam dunia Muslim. Penulisan ini juga menyentuh bagaimana eksploitasi hasil minyak bagi mengekalkan hegemoni kuku besi di sesetengah negara umat Islam.

10.30 AM – 10.40 AM : Ucapan aluan oleh Presiden Lestari Hikmah Mohd Rashidi

10.40 AM – 11.00 AM : Pembentangan oleh Dr Ahmad El-Muhammady

11.00 AM – 11.20 AM : Pembentangan oleh Dr Mohammad Alinor

11.20 AM – 11.40 AM : Pembentangan oleh Muthanna Saari

11.40 AM – 12.30 PM : Sesi soal jawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *