Resensi Intuisi Maulana Iqbal
Oleh : Nur Arif Isa
“Jika hatimu tidak tertipu oleh fatamorgana, jangan menyombong ketajaman akalmu; untuk kebebasan engkau daripada ilusi penglihatan ini adalah disebabkan oleh dahagamu yang tidak sempurna” (Iqbal, 2020: 44).
Buku Reconstruction Iqbal antara karya penting dalam sejarah intelektual Islam kontemporari, yang saya kira pasti ianya akan menjadi pilihan dalam membentuk lingkungan intelektual (intellectual circle) bagi penyelidikan dan pembangunan pelbagai disiplin keilmuan Islam.
Ketika seruan Nahdhah mula bergema pada sekitar tahun 1850-1914, fenomena tanaqud al-wijdan yang ditanggapi oleh kebanyakan para intelektual Muslim adalah mencakupi mauduk pembangunan pemikiran Islam. Justeru nama pemikir seperti Allama Iqbal antara yang membawa sumbu intelektual Barat dalam dasawarsa mu’ashirah.
Sesuatu delima yang dialami dengan berlakunya qathi’ah pada kurun tersebut ke dalam wacana agama melibatkan antara tuntutan mengimbangi keaslian (al-ashalah) dengan tawaran kemodenan (al-hadatsah). Maka susulan itu konsep khudi (ego) yang dicanangkan oleh Iqbal adalah bagi memungkinkan pembaharuan ke arah itu.
Gejala membuta tuli dan ketaatan mutlak terhadap tradisi yang ditanggapi oleh Iqbal adalah disebabkan faktor konservatisme telah menghambat kebebasan kreatif diri dan memalapkan pendewasaan spiritual. Justeru ianya telah merayakan mistisisme pada abad pertengahan dengan penolakan palsu dan memuaskan kebodohan.
The Reconstruction Iqbal’s merupakan himpunan kuliah-kuliahnya pada sekitar tahun 1929-1932, yang telah dijalankan atas permintaan Madras Muslim Association bagi memenuhi tuntutan mendesak pada ketika itu untuk membangkitkan kembali wacana pemikiran Islam, dengan pemerhatian jitu terhadap tradisi falsafah dan perkembangan berbagai bidang pengetahuan manusia.
Ia mencakupi sebuah konsep yang mendasar bagi intuisi, diri, dunia dan Tuhan dalam mengadunkan muatan idea-idea yang abstrak. Idea-idea metafizik Iqbal seperti mana dalam tesis awalnya, Metaphisyc in Persia, disamping dalam puisi-puisinya, adalah merupakan proses intuisi manusia dengan tradisi Islam dan fahaman panteisme. Malahan Iqbal dalam Reconstruction banyak mendapat inspirasi daripada Hegel, Bergson, Nietzche, Whitehead dan McTaggart yang menghubungkan falsafah Barat dengan tradisi Islam.
Iqbal menuturkan:
“The spirit of philosophy is one of free inquiry. It suspects all authority. Its function is to trace the uncritical assumptions of human thought to their hiding places, and in this pursuit it may finally end in denial or a frank admission of the incapacity of pure reason to reach the ultimate reality. The essence of religion, on the other hand, is faith; and faith, like the bird, sees its ‘trackless way’ unattended by intellect which, in the words of the great mystic poet of Islam, ‘only waylays the living heart of man and robs it of the invisible wealth of life that lies within.’ Yet it cannot be denied that faith is more than mere feeling. It has something like a cognitive content, and the existence of rival parties–scholastics and mystics–in the history of religion shows that idea is a vital element in religion.”
Dan saya terjemahkan secara bebas disini:
“Semangat falsafah adalah bebas untuk bertanya. Ia mencurigai semua autoriti. Fungsinya adalah untuk mengusut andaian pemikiran manusia yang tidak kritis sehingga ke tempat persembunyiannya, dan dalam penjelajahan ini mungkin penafian atau pengakuan jujur bahawa akal sahaja tidak mampu mencapai kebenaran hakiki. Sebaliknya hakikat agama adalah iman; dan iman itu, seperti burung, melihat ‘jejak jalan tanpa berbekas’ tidak diperhatikan oleh akal, sebagaimana kata seorang penyair sufi Islam, ‘hanya mengintai sahaja hati manusia yang hidup dan merampas daripadanya kekayaan kehidupan yang tidak kelihatan ada didalamnya.’ Sesungguhnya tidak dapat dimungkiri bahawa iman itu adalah lebih daripada perasaan semata-mata. Ia mempunyai sesuatu isi kognitif (makrifat), dan terdapat golongan persaingan–skolastik dan mistikus–dalam sejarah agama yang menunjukkan bahawa akal adalah elemen penting dalam agama.”
Dalam falsafah Barat, semisalnya Henri Louis Bergson, melalui konsep intuisi dan élan vital yang meletakkan akal sebagai intuisi dan intuisi memilki unsur kognitif seperti mana penggunaan rasio. Maka ungkapan mahsyur dari Rene Descartes yang berbunyi “cogito ergo sum” (aku berfikir maka aku ada) adalah mempercayai kekuatan rasio mampu mencari kebenaran pengetahuan.
Namun dalam Islam penggunaan akal semata-mata tidak memungkinkan bagi mencapai kebenaran pengetahuan. Justeru Iqbal mungkin mempunyai titik persamaan dengan Kant dalam esensial bersifat empiris–melalui cerapan indrawi: pengalaman manusia.
Iqbal dalam tanggapan hal ini menjelaskan:
“His Critique of Pure Reason revealed the limitations of human and reduced the whole work of the rationalist to a heap of ruins. And justly has he been described as God’s greatest gift to his country. Ghazali’s philosophical scepticism which, however, went a little too far, virtually did the same kind of work in the world of Islam in breaking the back of that proud but shallow rationalism which moved in the same direction as pre-Kantian rationalism in Germany. There is, however, one important difference between Ghazali and Kant. Kant, consistently with his principles, could not affirm the possibility of a knowledge of God. Ghazali, finding no hope in analytic thought, moved to mystic experience, and there found an independent content for religion. In this way he succeeded in securing for religion the right to exist independently of science and metaphysics. But the revelation of the total Infinite in mystic experience convinced him of the finitude and inconclusiveness of thought and drove him to draw a line of cleavage between thought and intuition. He failed to see that thought and intuition are organically related and that thought must necessarily simulate finitude and inconclusiveness because of its alliance with serial time.”
Juga saya terjemahkan lebih kurang begini:
“Dalam Critique of Pure Reason, Kant mendedahkan batasan akal manusia dan mengugat seluruh karya rasionalis menjadi hanya timbunan runtuhan. Dan secara adil ia telah digambarkan sebagai anugerah Tuhan yang paling besar bagi negaranya. Falsafah skepticisme al-Ghazali itu, bagaimanapun, terlalu jauh, pada hakikatnya hampir sama dalam dunia Islam dengan menghambat rasionalisme yang angkuh tetapi dangkal yang bergerak kearah sama seperti rasionalisme pra-Kantian di Jerman. Meskipun terdapat satu perbezaan penting antara al-Ghazali dengan Kant. Kant, secara konsisten dengan prinsipnya, tidak dapat mengesahkan kemungkinan sesuatu pengetahuan tentang Tuhan. Al-Ghazali, tidak menemui harapan dalam pemikiran analitik, berpindah ke pengalaman mistik, dan disana mendapati ruang kebebasan untuk agama. Dengan cara begini ia berhasil menjamin hak agama untuk wujud secara bebas daripada sains dan metafizik. Tetapi penyingkapan tentang Yang Tak Berawal dan Yang Tak Berakhir (total Infinife) dalam pengalaman mistik meyakinkan ia tentang keterbatasan dan ketidakpastian pemikiran dan mendorong untuk memberi garis pemisah antara pemikiran dan intuisi. Ia gagal melihat bahawa pemikiran dan intuisi berkaitan secara organik dan pemikiran itu semestinya mensimulasikan keterbatasan (finitude) dan ketidakpastian (inconclusiveness) kerana terikat dengan waktu yang silih berganti.”
Kita boleh mensifatkan Iqbal sebagai seorang pemikir yang tidak membicarakan falsafah sebagai seorang pelayan agama. Ia telah menggedor pintu mistik Islam atas pewahyuan Tuhan yang membuka rahsia-rahsia Diri, Kebebasan dan Keabadian. Intuisi ini sering difahami dengan pengalaman unik dan hanya dimiliki oleh insan-insan yang telah teruji akan kelayakkannya.
Intuisi adalah sebuah fakultas pengetahuan sebagaimana fakultas pengetahuan lainnya–contoh: daya fikiran dan persepsi. Al-Quran memberi makna intuisi sebagai qalb yang merupakan penangkapan (aprehensi) kebenaran akan cerapan realiti bagi memungkinkan ianya bergerak ke arah Khudi sebagai makhluk aktif dalam keseluruhan perjalanan kosmos. Mungkin ia mengambarkan keinsafan Iqbal bagi memimpin umat Islam dalam menghadapi kolonialisme Barat dengan dataran baharu ilmu kalam dan ijtihad. Keadaan yang melatari Iqbal hasil daripada peristiwa penjajahan Barat yang dialami oleh kebanyakan tanah kaum Muslimin. Maka tidak menghairankan dalam bibit-bibit sejarah menunjukkan Iqbal juga sebagai seorang aktivis politik, selain sebagai seorang pemikir dan penyair.
Mungkin ini juga menyerlahkan akan kebesaran Iqbal sebagaimana Rabindranath Tagore pernah mengungkapkan: “India, sebuah kawasan di dunia ini yang terlalu sempit, tidak mampu mengungkapkan kerinduan seorang penyair yang puisinya mempunyai nilai sejagat.”
Kemuncak Khudi-Ego Iqbal adalah mempertajamkan objektiviti memperoleh Diri sendiri sebagai asas keperibadian, dan tidak seperti dalam Cartesian yang ‘aku berfikir,’ tetapi sebagaimana dalam Kantian yang ’aku boleh.’ Justeru menuju pengakhiran pencarian ego bukanlah pembebasan daripada batasan keperibadian, arkian tindakan terakhir bukan juga sebuah tindakan intelektual, tetapi mempertajam kehendaknya dengan jaminan kreatif bahawa dunia adalah diri yang tentukan (self-determined). Ia adalah kebahagiaan tertinggi dan juga saat ujian terbesar bagi Khudi-Ego.
Iqbal menyulam dalam Jawid Nama dengan rumusan:
Adakah kamu dalam babak ‘hidup’ atau ‘mati,’ ‘mati-dalam-hidup’?
Carilah bantuan dari tiga saksi untuk menentukan ‘Penantianmu.’
Saksi pertama adalah kesedaran batin kamu sendiri––
Lihat dirimu sendiri, kemudian, dengan cahayamu sendiri.
Saksi kedua adalah kesedaran batin dari ego yang lain––
Lihat dirimu sendiri, kemudian, dengan cahaya dari ego yang lain darimu.
Saksi ketiga adalah kesedaran batin Tuhan––
Lihat dirimu sendiri, kemudian, dengan cahaya Tuhan.
Jika kamu berdiri tanpa tergoncang di hadapan cahaya ini,
Anggaplah dirimu sendiri sebagai hidup dan abadi seperti Dia
Hanya manusia yang ternyata berani––
Berani melihat Tuhan berhadapan!
Apa itu “Mi’raj”? Hanya satu pencarian saksi
Yang berakhirnya dengan pasti realitimu––
Saksi hanya kepastian yang membuatmu akan abadi.
Tiada seorang pun dapat berdiri tanpa goyang di Hadapan Dia;
Dan dia dapat, sesungguhnya, ia adalah sebuah emas.
Adakah kamu hanya satu butiran pasir?
Eratkan ikatan ego-mu itu;
Dan berpeganglah teguh pada keberadaanmu!
Alangkah hebatnya menyerlahnya ego kita.
Dan diujikan pancaran itu di hadapan Matahari!
Bersihkanlah, kemudian, bingkai purbamu;
Dan bangunkan keberadaan baharu.
Keberadaan itu adalah kewujudan sejati;
Jika tidak ego-mu itu hanyalah gumpalan asap belaka!
Rujukan:
Muhammad Iqbal. The Reconsturction of Religious Thought in Islam. New Delhi: Kitab Bhavan, 2020.
Ishrat Hasan Enver. Metafisika Iqbal. Terj: M. Fauzi Arifin. Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 2004.
Nur Arif Isa berasal dari Melaka. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia daripada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Beliau juga merupakan Felo Lestari Hikmah dan salah seorang penulis bagi buku Inteligensia Penyuluh Nusantara.