Seni & Pembinaan Negara Bangsa
Oleh : Mohd Ashraf
Ada beberapa filem Indonesia yang baik dalam memaparkan sosok penting pembinaan bangsa Indonesia. Bagi yang meminati genre drama sejarah (historical drama) ini antara senarai filem wajib kalian tonton, disini disenaraikan mengikut urutan tokoh dan period perjalanan sejarah dan perkaitan antara tokoh.
1. Sang Pencerah (2010) – Kisah Kyai Ahmad Dahlan pendiri organisasi Muhammadiyyah. Tokoh pembaharu Islam. Cerita yang memberi pengajaran toleransi, koeksistensi (bekerjasama dengan yang berbeda keyakinan), kekerasan berbalut agama, dan semangat perubahan yang kurang.
2. Guru Bangsa Tjokroaminoto (2015) – Filem yang menceritakan biografi Hadji Oemar Said (HOS) Tjokroaminoto tokoh pendiri Sarekat Islam (SI) banyak sekitar period penjajahan Belanda di Indonesia. Tjokroaminoto adalah salah satu pelopor pergerakan di indonesia dan sebagai guru para pemimpin-pemimpin besar di Indonesia.
3. Sang Kiai (2013) – Kisah seorang pejuang kemerdekaan sekaligus salah satu pendiri Nahdlatul Ulama (NU), Hadratussyaikh KH Hasyim Asyari. Cerita ini banyak memaparkan Indonesia period penjajahan jepun setelah Belanda. Boleh lihat kezaliman dan kejahatan Jepun dalam cerita ini.
4. Soekarno : Indonesia Merdeka (2013) – Presiden pertama Republik Indonesia yang menjabat pada periode 1945–1967. Ia memainkan peranan penting dalam memerdekakan bangsa Indonesia dari penjajahan Belanda. Beliau adalah Proklamator Kemerdekaan Indonesia (bersama dengan Mohammad Hatta) yang terjadi pada tanggal 17 Ogos 1945. Soekarno adalah yang pertama kali mencetuskan konsep mengenai Pancasila sebagai dasar negara Indonesia dan ia sendiri yang menamakannya. Cuma dalam filem ini kita semacam lihat Jepun “sedikit baik” berbanding filem Sang Kiai, Jepun sangat jahat. Cerita ini sekitar period penjajahan belanda-kependudukan Jepun, awal kemerdekaan Indonesia.
5. Ketika Bung di Ende (2013) – Bung di Ende bukan antara filem yang popular tapi kalau ada yang bertanya caranya Soekarno mendapat ilham untuk melahirkan asas Indonesia, di Endelah Soekarno merenung Pancasila. Waktu pengasingan sekitar 1934-1939. Pergerakan Soekarno dianggap berbahaya bagi Belanda. Hal ini membuat Belanda kembali mengasingkan Bung Karno beserta Isteri Inggit Garnasih anaknya Ratna Djuami/omi, ibu mertuanya Amsi, Encon dan Karmini yang sebelumnya baru keluar dari penjara Sukamiskin. Tujuannya hanya untuk memutuskan Bung Karno dengan para pengikut setianya.
6. Jenderal Soedirman (2015) – Soedirman, seorang jenderal besar yang memimpin perang gerila mempertahankan kemerdekaan bangsa Indonesia, Cerita ini sekitar Perang Revolusi (pasca proklamasi Kemerdekaan Indonesia 1945). Mereka terpaksa berjuang untuk empat tahun setengah lagi kerana pihak Belanda cuba mendirikan semula jajahan mereka di sini. Pendudukan semula angkatan Belanda di Indonesia disusuli perjuangan gerila; sehingga majoriti penduduk Indonesia, dan akhirnya pendapat antarabangsa, menyebelahi kemerdekaan Indonesia. Pada Disember 1949, Belanda secara rasminya memperakui kedaulatan Indonesia.
7. Habibie & Ainun 1 (2012) – Kisah cinta antara Habibie dan Ainun bermula sejak masih remaja, ketika keduanya masih duduk di bangku Sekolah Menengah Pertama (SMP). Namun, keduanya baru saling memperhatikan ketika sama-sama bersekolah di SMA Kristen Dago Bandung, Jawa Barat. Komunikasi mereka akhirnya terputus setelah Habibie melanjutkan kuliah dan bekerja di Jerman, sementara Ainun tetap di Indonesia dan berkuliah di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia. Pada tahun 1962, dua kawan SMP ini bertemu lagi di Bandung. Habibie jatuh cinta seketika pada Ainun yang baginya semanis gula. Tapi Ainun, dia tak hanya jatuh cinta, dia iman pada visi dan mimpi Habibie. Mereka menikah dan terbang ke Jerman. Bagi Habibie, Ainun adalah segalanya. Ainun adalah mata untuk melihat hidupnya. Bagi Ainun, Habibie adalah segalanya, pengisi kasih dalam hidupnya. Namun setiap kisah mempunyai akhir, setiap mimpi mempunyai batas.
8. Rudy Habibie (2016) – Prekual Habibie & Ainun (sebab itu filem ini turut dikenali sebagai Habibie & Ainun 2). Filem ini lebih menceritakan sosok Rudy (B.J. Habibie waktu muda) semasa belajar di Jerman, yang kemudian ia bertemu dengan Ilona Ianovska, gadis asal Polandia yang sempat bercinta semasa di universiti, kisah jauh sebelum bernikah dengan Ainun Ada pula bumbu kisah cinta segitiga yang melibatkan gadis asal Solo, bernama Ayu. cerita ini juga berkisar cabaran Rudy untuk menerima panggilan negara Indonesia yang baru merdeka, yang memerlukan sosok muda genius, kreatif, dan ambitous.
9. Habibie & Ainun 3 (2019) – lanjutan dari filem Rudy Habibie. Tak tengok lagi.
10. Gie (2005) – Gie mengisahkan seorang tokoh bernama Soe Hok Gie, mahasiswa Universitas Indonesia yang lebih dikenal sebagai demonstran dan pecinta alam. Filem ini diangkat dari buku Catatan Seorang Demonstran karya Gie sendiri. Gie lahir dari keluarga Cina (Tionghua) dan meminati hal-hal konsep idealis dan intelektual. Soe Hok Gie menjalani zaman mudanya di bawah rejim pelopor kemerdekaan Indonesia Bung Karno, yang ditandai dengan konflik antara militer dengan PKI. Soe dan rakannya tegas menyatakan bahwa mereka tidak memihak golongan manapun. Hok Gie menghormati Soekarno sebagai founding father negara Indonesia, namun Hok Gie begitu membenci pemerintahan Soekarno yang diktator dan menyebabkan hak rakyat yang miskin terinjak-injak. Hok Gie tahu banyak tentang ketidakadilan sosial, penyalahgunaan kedaulatan, dan korupsi di bawah pemerintahan Sukarno, dan dengan tegas bersuara menulis kritikan-kritikan yang tajam di media.Filem ini menggambarkan petualangan dan perlawanan Soe Hok Gie mencapai tujuannya untuk menggulingkan rejim Sukarno, dan perubahan-perubahan dalam hidupnya setelah tujuannya tercapai.
11. Sang Murabbi (2008) – Sang Murabbi adalah filem biografi tahun yang menceritakan kehidupan Almarhum KH Rahmat Abdullah (1953-2005). Cerita tentang seorang guru bersahaja yang dulunya miskin kemudian berubah setelah mendapatkan kelapangan rezeki. Ia tidak lupa tujuan awal perjuangannya untuk berdakwah, bukan untuk mencari kehidupan dunia. Teman-teman kader dakwah dan Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS) mesti sangat dekat dengan tokoh ini. Filem ini agak masyur dalam kalangan kumpulan gerakan Mahasiswa Islam di Malaysia zaman aku belajar dulu. Direkomendasi dalam acara usrah.
Mohd Ashraf berasal dari Kuala Terengganu dan mendapat pendidikan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Sekarang beliau bertugas sebagai jurutera di Shah Alam, Selangor.